Salam Perkenalan Dari Saya, Khairul Faizi bin A.Rahman.
Posted by
iFaizi
at
12:00 AM
Tuesday, January 1, 2008
Jutaan terima kasih dan salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pengunjung lelaman blog ini yang telah sudi meluangkan masa untuk melawat, membaca dan meninggalkan komen di lelaman blog ini. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya sama ada anda kenal atau pun tidak di luar sana. Nama penuh saya ialah Khairul Faizi bin A.Rahman tetapi panggil sahaja saya Faizi.
Saya dilahirkan di Batu Pahat dan dibesarkan di merata tempat di dalam negara Malaysia. Tempat-tempat yang saya pernah bermastatutin ialah Batu Pahat (Johor Darul Takzim, MALAYSIA), Kulaijaya (Johor Darul Takzim, MALAYSIA), Johor Bahru (Johor Darul Takzim, MALAYSIA), Manjung (Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA), Pulau Pinang (MALAYSIA) dan Pontian (Johor Darul Takzim, MALAYSIA). Saya kini menetap semula di daerah kelahiran saya, Batu Pahat yang juga daerah tumpah darahku yang sebenar.
Saya merupakan seorang usahawan kecil yang mengusahakan pelbagai perniagaan perkhidmatan dan produk berasaskan majoriti kepada multimedia, media konvensional & media alternatif. Saya juga merupakan seorang penulis bebas dan penerbit video amatur. Hobi saya ialah merakam video dan memuatnaikkannya di lelaman YouTube hanya untuk sekadar hiburan sendiri.
Nama domain iFaizi.Blogspot.com dipilih adalah kerana saya tertarik dengan perkataan iPhone, iPad, iPod, iMac dan segala produk keluaran Apple (Saya begitu obses dengan segala produk Apple). Selain daripada itu, saya juga amat meminati rancangan iCarly keluaran Nickelodeon hingga tercetusnya idea untuk menamakan blog saya sebagai iFaizi, B-).
Lelaman blog ini diasaskan dengan bertujuan untuk mengekspresikan apa yang saya rasakan dan apa yang ingin saya luahkan. Pada waktu yang sama, saya juga mahu berkongsi cerita, pengalaman, artikel-artikel menarik yang saya rasa ada manfaatnya untuk pembaca blog saya sekalian.
Akhir kata dari saya, santaikan minda dan fizikal diri anda dalam membaca apa jua yang terkandung di dalam blog ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Wassalam. B-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Donation/Derma
Are you satisfy & happy with the contents in this blog? We are glad that you are satisfy and happy with the contents in this blog. We appreciate for every donation that you give it to us. To donate... You can simply click the donation button below. Once again... Thank you for your donation.
Anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini? Kami gembira yang anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini. Kami menghargai setiap derma yang anda hulurkan kepada kami. Untuk menderma... Anda boleh klik butang derma (donate) di bawah ini. Sekali lagi... Terima kasih atas derma anda.
Anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini? Kami gembira yang anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini. Kami menghargai setiap derma yang anda hulurkan kepada kami. Untuk menderma... Anda boleh klik butang derma (donate) di bawah ini. Sekali lagi... Terima kasih atas derma anda.
Followers
Pages
Pesan Penaja
Total Pageviews
Translate
Categories
Popular Posts
-
I nspektor Jamal duduk di sudut terpencil restoran mewah itu, jari-jemari kasarnya mengetuk-ngetuk meja marmar dengan resah. Hidangan stik...
-
02/02/ 2011, Rabu….. Hari Keempat Beijing–Tianjin Tours. Hari keempat di Beijing. Destinasi pertama kami untuk hari keempat adalah Ya...
-
This blogpost is intended specially to readers of this blog who want to know about the simple mention of the country especially to non-Ma...
-
Gen Alpha: Generasi Digital yang Mengubah Dunia Jika anda perasan… kanak-kanak hari ini lebih bijak menggunakan telefon pintar berbanding ki...
-
Generasi Omega : Masa Depan Umat Manusia di Era Teknologi & Ketidaktentuan… Seiring dengan perkembangan pesat teknologi & perubahan ...
-
04/02/2011, Jumaat….. Hari Keenam Beijing–Tianjin Tours. Hari terakhir kami di Beijing. Diulangi, di BEIJING ya ! Bukan di China kera...
-
“Alamak, masa inilah jalan sesak. Kalau tidak sekatan jalanraya, pastinya ada kemalangan di hadapan” begitulah keluhan si Mail setiap kali ...
-
Aku melihat jam di dinding pejabat sudah menunjukan pukul 5 petang. Ada setengah jam lagi untuk waktu pejabat tamat. Aku sudah tidak sabar u...
-
Pencipta Crayon Shin Chan, Yoshito Usui yang telah pergi buat selama-lamanya pada 11 September 2009. Dilahirkan pada 21 April 1958 di dae...
-
30/01/2011, Ahad….. Hari Pertama, Ni Hao Zhong Guo! Bunyi enjin diesel bas yang riuh membuatkan aku terjaga dari lena, seperti yang d...
Facebook Page
iFaizi @Twitter
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment